Program Hari Keusahawanan Desa Pulau Bruit di Kampung Semop
21 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semop telah menyertai Program Sempena Hari Keusahawan Desa Pulau Bruit 2015 diadakan di Kampung Semop, 96200 Daro selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 18 hingga 20 Disember 2015 (Jumaat hingga Ahad). Penganjur Hari Keusahawanan Desa Pulau Bruit 2015 telah mengajak Pusat Internet 1 Malaysia Semop terlibat sekali sebagai Urusetia pada program tersebut. Hari Keusahawan Desa ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, iaitu Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dan isteri beliau. Selain itu, program ini juga telah di meriahkan oleh YB Abdullah bin Haji Saidol ADUN N36-Semop. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang Program Hari Keusahawanan Desa Pulau Bruit 2015 berlangsung seperti Pameran Booth, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Memasak ikan Pais dan Pameran Gudi LED, pertandingan Sukaneka antara Kampung dan paling dinantikan pengunjung iaitu Pertandingan Mencipta Slogan yang berupa Motosikal, peti sejuk dan TV LCD. Program ini sangat meriah dan di harap ada lagi untuk tahun akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: